Wednesday, December 31, 2014

Doploh Ampat Blas (Recap)

Assalamualaikum

Haiiii :)

Okay, tengah rajin. Tengah stress. Tengah terkenang.
Sooo................Senah nak bercerita.

Yeay!! Dah nak masuk 2015. Senah suka!
Senah berdoa agar Tahun 2015 Senah  menjadi tahun yang bermakna, tahun yang dirahmati, tahun yang diberkati. Amin

So, kisah 2014... hmm apa kata kita start dengan January. :P

January.

Takda yang menarik sangat. Hujung bulan Senah start practical di salah sebuah hotel dekat tempat tinggal Senah. As a human resource assistant.
Banyak Senah belajar dekat situ. Walaupun bukan perkara perkara pure HR, cuma general HR punya things, tapi worthy. At least Senah gained something rather than ZERO. kennsss :)

Ini la kerja Senah. HAHA. Tak la. Ini Senah konon buat surprise birthday untuk Boss Senah :) 


February - June

Hambar sedikit. Sebab nya Senah banyak mengabdikan diri dengan Thesis. Yo lah awok, final year final sem kan. So banyak fikir pasal thesis saja.
Stress dia tak payah cakap lah. Sikit lagi nak gila. (Ok tipu sangat)
Tapi serious, memang susah. Dan Senah rasa bangga dengan diri sendiri sebab Senah berjaya harungi.
(eleh, macam teruk sangat bunyi Senah buat)

July

Yeayy!!! Senah dah berjaya settlekan Thesis dan Viva Senah awal bulan. Hmm merana meruntun jugak la nak settle kan full thesis tu. Nak dapat tarikh viva pun kemain susah.
Tapi syukur Senah berjaya jugak! Tepuk la tangan sikit. (tap on my shoulder)
Dan lepas 2 hari, Senah dah start kerja. Alhamdulillah. Rezeki Allah, Senah dapat kerja dekat tempat practical dolu dolu.. Rezeki dekat situ. So far...:)

September

Masih lagi rezeki di situ. Hehehe....
Hujung bulan ni Senah kena internal transfer. Dari HR department ke Sales department.
Nanti dulu. Jangan la macam "haa sales? kau HR kot". "susah wei buat sales!". "sales wei! masyuk habis. elaun!"
Senah tak buat sales. Senang takde elaun buat sales. Senah tak masyuk sangat.
Senah more to documentation. Office oriented bak kata Tom Cruise :)
So separuh hidup Senah, hari hari bahagia Senah hanya di dalam office.
Bosan? Tak jugak. Busy jugak. Tambah2 kalau banyak function.
Macam boleh bawak bantal, tilam, selimut maybe Ridsect sekali letak dalam office.
Even kadang2 weekend pun kena datang office. Hmmm rezeki dekat sini so far. So Senah okay aje :)
(muka ikhlas sangat)
Ouh btw, lupa, dalam bulan ni jugak kalau tak silap Senah result final sem keluar. Jadiii.....


Yeay!! Ini hasil nya. Alhamdulillah. Senah boleh grad! yeahoooo!!
Rasa semua benda Senah yang punya hari keluar result tu.
So di kesempatan ini Senah ingin sekali lagi mengucapkan Trillion TERIMA KASIH kepada semua pihak yang terlibat dari Senah kecik tapak tangan, tadika, sekolah rendah/menengah, diploma dan akhir sekali degree. Senah wrap semua sekali. Muah Ciked! Saranghae!! >3


Oktober

Senah dapat interview SPA. Tapi biasa lah. Mana mau nye nak lepas. Memang tak la.
So Senah redha lagi :) (muka ikhlas lagi)
Bulan ni jugak Senah kenal dengan........................
Okay takpelah. Tak jadi cerita. Biarkan.

November

So, masih di tempat kerja yang sama. Senah dapat interview lagi. SPA lagi.
Kali ni buat physical test dulu sebelum interview.
Tapi macam HIKHOK sikit sebab Senah tak lepas test mata. Hmmm meraung jugak la. Habis gugur air mata jantan Senah. Redha lagi ;)
Mungkin bukan rezeki Senah lagi.

December

Start dari November Senah mengenali hmmmm, Senah dah start main dengan hati. So basically Senah tengah frustrated.
Jadi Senah kononnya nak tenangkan diri. Kononnya la. Nak lupakan semua masalah.
Jadi Senah merancang2 lah nak bercuti kate koo. Konon nak ke Vietnam lah, Krabi la.
Macam kaya sangat. Tak mungkin lah.
Jadi, setakat KL je yang Senah mampu. Maka Senah ambik cuti 5 hari. (annual leave tak banyak)
Memula ke Bangi, kemudia ke Cheras. So biar gambar di bawah berbicara. (ouh ayat 'gambar berbicara' sangat cliche bunyi nya.)

Ini dekat Bukit Nanas. Masuk secara haram.

Harap maaf. Senah tak tahu nama tempat ni sampai ke sudah. 

Bak kata Along, Kami gegadis power.

Tahu tak. Senah sampai sini dengan berjalan kaki dari Dang Wangi > Bukit Nanas > Masjid India > Patah Balik ikut jalan Bukit Nanas tadi lepas tu tak tau stop by dekat mana beli Dominos. Then jalan lagi tup tup Senah nampak KLCC :) Penat dia nauzubillah. TAPI best! hehe

Tergadai duit Senah haritu. Sebab kasut ni rare, cool dan dan dan Senah tengah tak ada kasut time tu. Kihkih

Malam ni Senah keluar dengan Cousin-cousin Senah. 

Heee Ini Dekat Red Card Bangi

Haa ini dekat Red Card. Thanks Pikah belanja Senah. Oreo Milk Shake dia SEDAP SANGAT. Dah suruh Pikah ikat tepi if dia nak datang Sungai Petani nanti :) Jangan lupa yea awok.

Eh awok lagi. 

Tolong percaya Senah yang masak ni. Tapi cousin Senah pun tolong jugak. Kihkihkih

Senah sampai Bangi petang tu, di malam hari mereka bawak Senah keluar makan2,.. Thanks Net,Bella belanja Senah lagi :) psst: bapak Senah tak tahu ni Senah keluar memalam.  

Ehh kamu kamu lagi

Time ni tengah mengah berjalan. 

Thanks Along,Bella bawak Senah jenjalan :)


Best! Sangat!
Tarikh Senah gigih bercuti ni sepatutnya tarikh convo. Orang lain semua pergi Convo. Tapi Senah pergi berchichilabobo. Hiks!

Tahniah rakan-rakan yang convo haritu.

Senah esok cuti. New Year kannn.
Jadi malam ni Senah nak tido awal lah.
HAHA

Terima Kasih.

"Hidup cuma sekali. Jangan sia-siakan dengan kekecewaan, kesakitan, kehancuran, Live your life. Because it is damn precious to be wasted."











Friday, December 26, 2014

Permulaan

Kehidupan.

Andai aku di beri pilihan untuk mencorakkan kehidupan aku, akan aku hiasi kehidupan ini dengan kegembiraan tanpa segelumit kekecewaan.

Tetapi, sudah itu lumrah kehidupan. Ada pasang surutnya.
Ada kecewanya. Ada gembiranya. Ada manisnya. Ada pahitnya.

Sentiasa berdoa agar Allah sentiasa lindungi hati ini dari kekecewaan. Sentiasa berdoa agar selalu redha dengan setiap perancangan Allah.
Kerana setiap perancangan Allah itu sempurna tanpa cacat cela nya.

Kita jarang nampak hikmah dalam setiap perancangan Dia. Kerana kita tidak redha.
Tetapi kita akan sedar hikmah itu ada pabila yang terjadi itu mendatangkan kebaikan kepada kita.

"Dont be a victim of life. Instead, be a hero in your own world"




When suddenly reality knocks me